Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun, Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau yang mengumumkan perkara itu ketika berucap pada Majlis Konvesyen Harapan 2022 di Ipoh turut mengumumkan Perak akan menjadi barisan hadapan PH dalam pilihan raya kali ini.